Akademi Kemahiran KEMAS Gopeng

Akademi Kemahiran KEMAS Gopeng
Lot 133080, Laluan Persekutuan
31600, Gopeng, Perak

No Telefon : 05 -3572527

Akademi Kemahiran KEMAS Gopeng, Perak diwujudkan sebagai satu tempat untuk meningkatkan kemahiran serta memperkasakan program TVET sebagai nilai tambah kepada masyarakat di dalam menuju wawasan negara.

Akademi Kemahiran KEMAS Gopeng mula beroperasi pada Julai 2010 dengan latihan kemahiran bidang Penyediaan dan Pembuatan Makanan dan di susuli dengan bidang Pembuat Pakaian Lelaki pada tahun April 2011.

Ia merupakan suatu peningkatan kualiti latihan kemahiran daripada Sijil Kemahiran KEMAS dinaiktaraf kepada Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) yang diiktiraf dan dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.

KEMAS telah menguruskan program kemahiran jahitan di seluruh negara bermula pada tahun 1969. Pada tahun 2007, KEMAS telah mengorak langkah ke hadapan dengan menjalankan program pensijilan kemahiran jahitan tersebut demi melahirkan modal insan yang berkualiti.

  • Memberi peluang kepada peserta aktiviti KEMAS untuk memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) melalui modul berdasarkan National Occupational Skill Standard (NOSS) oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
  • Meningkatkan dan meluaskan lagi kemahiran Bidang Penyediaan Makanan dan Pembuatan Pakaian Lelaki kalangan belia / beliawanis luar Bandar.
  • Melahirkan masyarakat yang berfikiran secara kreatif, bermaklumat, inovatif dan bersaing aktif di pasaran terbuka.
BILNAMA BIDANGKOD BIDANGTAHAPTEMPOH PENGAJIANSKOP KERJAYA
PEMBUAT PAKAIAN LELAKI
1.Pembuatan Pakaian LelakiTA-010-116 BULANJahitan Peringkat Asas
2.Pembuat Pakaian Lelaki KananTA-010-226 BULANJahitan Peringkat Pertengahan
3.Penyelia Pembuat Pakaian LelakiTA-010-3312 BULAN ( 1 TAHUN)Jahitan Peringkat Tinggi
PENYEDIAAN DAN PEMBUATAN MAKANAN
1.Penyediaan dan Pembuatan MakananHT-012-2:2012212 BULAN ( 1 TAHUN)Masakan Peringkat Asas
2.Penyediaan dan Pembuatan MakananHT-012-3:2012312 BULAN ( 1 TAHUN)Masakan  Peringkat Pertengahan
  • Pusat bertauliah ini akan berfungsi sebagai sebuah pusat akademik yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dalam melahirkan pelatih-pelatih yang berkemahiran tinggi dan berdaya saing dalam bidang penyediaan makanan dan Bidang Jahitan Pakaian Lelaki.
  • Pelatih-pelatih yang dilahirkan kelak adalah standing dengan mana-mana pelatih dari Pusat Pengajian Tinggi, Pusat Bertauliah atau akademik lain yang diiktiraf oleh pihak kerajaan dalam bidang penyediaan makanan serta Jahitan
  • Melahirkan pengusaha dan membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat luar Bandar dalam bidang penyediaan makanan dan jahitan pakaian lelaki.
  1. Warganegara Malaysia.
  2. Umur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih 30 tahun.
  3. Kelayakan Akademik :
    SPM / SPM (V) / SPVM
    Lulus Bahasa Melayu dan Ujian Lisan.
  4. Sihat tubuh badan (tidak menghidap penyakit kronik, tidak buta warna dan lain-lain).
  5. Status Perkahwinan : Bujang
  6. Bagi calon untuk kemasukan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 Bidang Pembuat Pakaian Lelaki dan Tahap 2 Bidang Penyediaan & Pembuatan Makanan hanya perlu mengemukakan sijil akademik dan lain-lain sijil yang berkenaan sahaja.
  7. Bagi calon untuk kemasukan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 Bidang Pembuatan Pakaian Wanita wajib memiliki SKM Tahap 1 ( Mengikut bidang yang dipohon ).
  8. Bagi calon untuk kemasukan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 Bidang Pembuatan Pakaian Wanita wajib memiliki SKM Tahap 2 ( Mengikut bidang yang dipohon ).
  9. Bagi calon untuk kemasukan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4-( Eksekutif Fesyen dan Pakaian ) wajib memiliki SKM Tahap 3 ( Pembuatan Pakaian Wanita @ Lelaki).
  10. Sekiranya Sijil Kemahiran Malaysia masih tidak diperolehi, sila sertakan Borang Pendaftaran & Pengeluaran Sijil (Borang T1003)
  11. Keutamaan kepada calon daripada keluarga yang berpendapatan rendah.
X