PENGENALAN
Penstrukturan semula Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) pada tahun 2015 telah membawa kepada penjenamaan semula Bahagian Kurikulum dan Naziran dan Bahagian Pengurusan dan Pemakanan. Kedua-dua bahagian ini telah digabungkan menjadi Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak.
FUNGSI
Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak menyelaraskan dan menguruskan Program Pendidikan Awal Kanak-kanak mengikut Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan (PERMATA Negara).
Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS terbahagi kepada dua kategori iaitu:
| Kategori | KumpulanSasar |
| Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) | Pendidikan awal kepada kanak-kanak berumur2 -4 tahun |
| Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) | Pendidikan awal kepada kanak-kanak berumur 4 -6 tahun |
Sehingga kini, KEMAS memiliki sebanyak 474 buah Taska PERMATA KEMAS dan 11,172 buah Tabika KEMAS.

Fungsi Seksyen
Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak terbahagi kepada tiga (3) seksyen utama seperti:
- Seksyen Pengurusan Kualiti dan Naziran
- Seksyen Prasarana dan Pengurusan
- Seksyen Pembangunan Pendidikan
Seksyen Pengurusan Kualiti dan Naziran
Unit Pengurusan Kualiti dan Pengurusan mempunyai dua (2) unit iaitu:
- Jaminan Kualiti dan Perancangan
- Kurikulum dan Teknologi Pendidikan
Seksyen Prasarana dan Pengurusan
Unit Prasarana dan Pengurusan mempunyai dua (2) unit iaitu:
- Prasarana
- Pengurusan
Seksyen Pembangunan Pendidikan
Unit Pembangunan Pendidikan mempunyai tiga (3) unit iaitu:
- Perkembangan Kemajuan Kanak-Kanak
- Kompetensi dan Personel
- Pendidikan Kesihatan dan Pemakanan


